Friday, November 9, 2018

INI ADALAH BUKU PANDUAN PENGURUSAN TINGKATAN ENAM YANG DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN (BPSH)  UNTUK PANDUAN KEPADA SEMUA SEKOLAH TINGKATAN 6 DI MALAYSIA.

info 6

info : 6
Pengurusan jadual waktu.
Puncakuasa : buku garis panduan pengurusan tingkatan 6
rujuk lampiran yang di sertakan.
ada pertanyaan dari rakan pkt6:
1. adakah benar waktu pdp ting 6 mesti berakhir pada 3.30 petang ?
2. adakah waktu pdp mesti bermula 7.30 pagi hingaa 3.30 petang?
3. adakah perhimpunan ting 6 mesti hari ahad/isnin ?
JAWAPAN:
PUNCAKUASA : PN MARZIATON , KETUA UNIT TING 6 , BPSH, PUTRAJAYA.
1. tidak.
2. tidak
3. tidak.
jadual yg diberikan dalam buku garis panduan pengurusan tingkatan enam itu hanyalah contoh. CONTOH SAHAJA. BUKAN SEMESTINYA KENA IKUT SEBIJIK SEBIJIK.
terpulang pada pihak sekolah utk tentukan dengan syarat TIDAK LANGGAR S.O.P yang ditetapkan iaitu :
a. 1 waktu = 40 minit
b. jumalah waktu dalam seminggu utk akademik (kuliah/tutorial) = 16 waktu
c. kerja khusus dalam 1 minggu = 4 waktu
d. kokurikulum dalam 1 minggu = 4 waktu
buatlah jadual macam mana cara sekalipun tak kisah mula dan balik pukul berapa, yang pasti mesti ikut S.O.P seperti a hingga d. kalau hari haad nak balik kul 3.30 dan hari lain nak balik kul 2.00 pun tak kisah asal ikut S.O.P yang ditetapkan.

Perhimpunan juga boleh dibuat sama ada bersekali dengan arus perdana atau berasingan. Semuanya terpulang pada budi bicara pengetua dan pkt6 secara musyawarah ( mesyuarat). Buatlah tindakan yang bijak dan win-win situation sama ada d ipihak guru mahupun di pihak murid.

Semoga dengan pencerahan ini akan memudahkan pihak pengurusan sekolah demi memastikan pdp murid ting 6 dapat berlaku dengan efisien dan berkesan ( kalau kita buat sampai petang tapi murid mengantuk / penat - kasihan kat guru dan murid ting 6)

#sayasayanggurudanmuridt6

info 5

Info 5 : masalah guru yang telah lama mengajar sebelum 2016 tetapi tidak ikut opsyen.

Berdasarkan surat siaran bil 16/2016 semua guru ting 6 kena mengajar ikut opsyen dan ada juga kelonggaran yg terdapat dalam surat tersebut. ( surat ini saya dah share sebelum ini). namun begitu, saya telah dihubungi oleh ramai guru dan pkt6 tentang masalah guru mereka yang tidak mengajar ikut opsyen. Atas dasar ingin membantu mereka yang terlibat, saay ada berjumpa dengan pegawai bpsh untuk dapatkan pandangan.....
PLAN B
1. guru buat surat melalui pengetua memaklumkan tentang masalah tidak dapat dilantik ekoran tidak ikut opsyen. mohon bpsm beri kelulusan untuk lantik.
2. dalam surat itu guru kena jelaskan kronologi tentang subjek yg cikgu ajar dari mula ajar ting6 hingga sekarang. Jelaskan segala masalah yang timbul dan cerita tentang keperluan murid yg tidak ada guru yang mengajar sehingga guru terpaksa ajar walaupun bukan opsyen.( buat ayat pengorbanan guru yg kasihan murid nak periksa tak de guru).
3. beritahu pasal surat siaran opsyen tu tahun 2016..sedangkan cikgu ajar sebelum itu dan takde s.o.p pun citer pasal opsyen....
4. dah siap...serahkan pada saya;
ABD RAHIM ABDUL RAHMAN
PENGURUSAN TINGKATAN ENAM
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN JOHOR
JLN TUN ABDUL RAZAK
80604 JOHOR BAHRU.
5. nanti saya akan buat surat utk panjangkan ke BPSM.
6. tiada due date - siapa hantar, saya proses....
Semoga usaha kita berjaya membela nasib guru-guru ting 6 yang sanggup berkorban demi anak bangsa.

info dari bahagian pengurusan sumber manusia (BPSM)

INFO DARI BPSM
1. Mulai 2019 - semua pertukaran guru tingkatan enam akan menggunakan ONLINE SEPENUHNYA.
2. hanya kes tertentu sahaja yg still boleh guna offline iaitu yang melibatkan pemohon (guru) bukan isteri/ibu bapa iaitu
a. penyakit kritikal yang disahkan oleh doktor
b. pemohon kena kes ugut dan ada laporan siasatan polis...bukan polis report.
c. pertukaran pasangan serta merta -kes khas spt - askar/ polis/ pengarah ( jawatan utama).
harap maklum.

info 4

info ke 4.
jika ada guru baru dg41 yang belum ditagging sila isi kan nama mereka dalam borang guru yg belum dilantik bersama-sama....rujuk contoh nak isi borang kat situ saya ada buat utk lantik dan utk tagging. ( info no : 2)


info 3

info ke 3:
ada tak pkt6 yang belum dilantik ?
ada tak pkt6 yang nak bersara tahun ini ?
jika ada....mohon hubungi saya segera utk kita buat cadangan pengantian. cth : pkt6 sek tinggi kluang - akan bersara pada disember 2018. mereka dah hantar pada ppdm daerah kluang untuk cadangan pkt6 yg baharu dan saya dah bawa ke mesy cadangan bersama pengarah. cadangan dari sek telah diluluskan...jadik proses peralihan pengurusan akan daapt berjln dengan lancar.
#mohon mana-mana pkt6 yang terlibat hubungi saya dengan segera yeh....

info 2

Info ke 2.
Berkenaan guru yg belum dilantik. Data dari eoperasi kutipan ogos 2018 setelah dianalisis, dapatan data menunjukkan seramai 252 org guru ting 6 seluruh negeri johor belum dilantik. Bila dicerakinkan terdpt guru yg gred 44 hingga 48 dan telah mengajar melebihi 3 thn. Walaubagaimanapun apabila saya rujuk dgn pihak bpsm, data mereka pula hanya 81 org guru yg belum dilantik. Setelah berbincang bersama pihak bpsm dan pengurusan atasan jpnj, pihak sps (saya) akan buat "pembersihan data guru belum lantik". Lanjutan dari itu berikut adalah tindakan yg wajib pihak sekolah lakukan.
1. Buat permohonan semula untuk guru belum lantik ke sps (saya) secepat mungkin. Lagi cepat hantar..lagi cepat saya urus.
2. Setiap permohonan mesti disertakan dgn salinan sijil yg menunjukkan opsyen yg telah disahkan oleh pengetua. Cth sijil diploma pendidikan @ apa saja evidens yg sesuai.
3. Nanti saya sertakan contoh borang permohonan cadangan lantikan guru ting 6.