Friday, November 9, 2018

info 1

salam.
info pertama yg ingin saya sharekan adalah berkenaan opsyen guru-guru ting 6 kita. perlu diingatkan bahawa ting 6 berbeza dgn arus perdana kerana waran guru ting 6 adalah berdasarkan subjek yang diajar. Subjek tersebut pula mestilah dari opsyen yang sama. Cth. opsyen TESL. di ting 6 , guru TESL hanya boleh mengajar MUET sahaja. tidak boleh subjek lain. Mana-mana guru ting 6 yang mengajar subjek ting 6 yang bukan opsyen akan menghadapi masalah semasa lantikan kerana BPSM akan kuiri. Kasihan guru itu akan tidak dilantik dan BPSM tidak akan memperakukan guru tersebut sebagai guru akademik ting 6. Walau bagaimanapun terdapat sedikit kelonggaran yang telah dikeluarkan oleh Sektor Operasi pada 18 Oktober 2016 dimana utk subjek PA jika guru tersebut bukan opsyen PA tapi dah mengajar melebihi 5 tahun, guru tersebut boleh dilantik.(special case).
Bersama ini saya lampirkan surat tersebut untuk rujukan semua pkt6 negeri johor. Sebarang isu jika ada, boleh hubungi saya terus dalam group ini atau p.m tepi.

No comments:

Post a Comment